Arkib bagi Bulan Januari 2008

Kokurikulum bantu tingkatkan nilai diri pelajar.

Januari 30, 2008

KoKurikulum di sekolah terdiri dari pelbagai aktiviti dan program selain akademik yang tidak menjurus kepada pencapaian dalam peperiksaan awan PMR. SPM dan STPM./Matrikulasi.  

Keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan 10% markah dari pencapaian kokurikulum untuk pemilihan kemasukan ke IPTA adalah sangat tepat dan bijak. Ini memberi mesej kepada pelajar supaya memberikan penglibatan dalam program kokurikulum untuk meningkatkan peluang ke IPTA. 

Program dan aktiviti kokurikulum banyak membantu mempertingkatkan nilai diri para pelajar. Pelajar dari kelas lemah dan pelajar dari kelas bijak mempunyai peluang yang sama untuk mempelajari dan mempraktikkan ilmu-ilmu juara dan kemahiran-kemahiran  juara yang tidak dapat dipelajari semasa proses P&P di dalam kelas.  

Di sinilah yang menghasilkan perbezaan nilai kualiti diri seorang manusia pada masa depan. Jika pelajar tersebut terus mempertingkatkan ilmu keimanan, kepimpinan, pengurusan, komunikasi, pemasaran dan lain-lain, ini akan menjadikan mereka manusia yang berguna kepada agama, masyarakat dan Negara Malaysia. 

Kualiti diri dan nilai diri ini perlu ditekankan kepada semua pelajar tanpa pilih kasih kepada pencapaian akademik semata-mata. Kebolehan bersukan dan aktif dalam badan beruniform banyak meningkatkan nilai diri pelajar untuk menjadi manusia juara di masa depannya.

Siapakah juara yang pelajar contohi hari ini?

Januari 28, 2008

Pelajar mencontohi apa yang mereka baca, lihat dan dengar. Mereka juga begitu mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka.

 

Hari ini pelajar terdedah dengan informasi media yang tidak terkawal. Perkara negatif berada sekitaran kehidupan sebenar dan di dalam media elektronik. Perkara negatif ini menonjolkan manusia-manusia juara negatif.

 

Manusia-manusia juara positif dalam bidang-bidang perniagaan dan bidang-bidang sosial sangat kurang didedahkan kepada golongan ini. Maka langkah mendedahkan mereka yang bertaraf juara seperti Dr Irfan Khairi, Dr Azizi Ali dan ramai lagi kepada golongan pelajar dan belia perlu ditingkatkan. Siapakah yang boleh mengambil tugas ini?

 

Juara-juara positif ini boleh menerapkan nilai-nilai positif kepada para pelajar. Nilai diri pelajar boleh ditingkatkan. Nilai-nilai positif yang mereka lihat secara realiti ini lebih berpengaruh dari bahan kajian mata pelajaran seperti Sejarah dan Bahasa Melayu.

 

Anak-anak di kawasan pedalaman lebih menyedihkan. Apa yang ada disekeliling mereka, itulah yang mempengaruhi pemikiran dan menjadi inspirasi mereka. Kesedaran mereka untuk memajukan diri agak menyedihkan.

 

Dengan taraf hidup yang rendah dan pendidikan serta ilmu pengetahuan ibubapa yang majoritinya rendah juga, tidak banyak membantu pelajar. Disinilah guru memainkan tugas yang amat penting mendidik anak-anak ini dengan semangat dan pemikiran juara positif.

Nilai diri dan kejayaan dalam kehidupan.

Januari 28, 2008

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

 

Nilai diri manusia adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan. Ramai manusia yang tidak sedar betapa pentingnya nilai diri terhadap pencapaian mereka pada hari ini.

 

Manusia yang tahu apakah makna nilai diri pasti akan menjaga dan meningkatkan nilai diri masing-masing. Ramai juga manusia yang tidak tahu betapa mereka mempunyai nilai diri yang rendah tanpa mereka sedar.

 

Sebenarnya tiada siapa yang mahu di pandang rendah oleh orang lain. Tetapi ramai orang terutama pelajar yang telah bertindak yang boleh merendahkan nilai diri mereka pada masa depan.Nilai diri adalah sesuatu keperluan paling tinggi dalam Teori Maslow.

 

Pelajar yang berada di kelas paling lemah tidak semestinya mempunyai nilai diri yang rendah dari pelajar yang berada dikelas yang paling bijak. Jika pelajar dikelas paling lemah ini boleh meningkatkan nilai diri mereka melalui perkara-perkara positif, mereka boleh lebih berjaya dari pelajar-pelajar dikelas paling bijak pada masa hadapan

 

Ramai pelajar dikelas paling lemah yang tidak menyedari bahawa mereka boleh meningkatkan nilai diri mereka. Mereka lebih terpengaruh dengan label kelas paling lemah yang bermasalah. Perkara ini perlu disedari oleh semua pihak. Sumber manusia yang sangat berharga pada pelajar-pelajar golongan ini dapat memajukan Negara.

 

Sementara kebanyakan siswazah menganggur pada hari ini sebenarnya mempunyai nilai diri yang lebih rendah dari pada rakan mereka yang tidak memiliki ijazah tetapi beroleh pendapat yang lumayan dalam bidang-bidang usahawan dan perniagaan.

 

Manusia yang tahu dan sedar akan nilai diri pasti akan berusaha menjadi juara dalam apa saja bidang yang mereka minati. Mereka membina ciri-ciri juara dalam diri mereka. Kejayaan dalam kehidupan sebenarnya tidak banyak bergantung kepada keputusan sijil akademik.

 

Sijil akademik tidak menjamin seseorang mempunyai nilai diri yang lebih tinggi untuk dilihat sebagai seorang yang berjaya dan juara dalam kehidupannya.   

Makan kekenyangan sedangkan jirannya kelaparan

Januari 23, 2008

Dari Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu yang makan sehingga kekenyangan sedangkan jirannya kelaparan. [Hadis riwayat Tabrani]

Mencintai saudara sesama Islam

Januari 23, 2008

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai diri kamu sendiri. [Hadis Riwayat Bukhari]

Berlemah lembut terhadap ahli keluarga

Januari 23, 2008

Dari Aishah r.ha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya dan berlemah lembut terhadap ahli keluarganya. [Hadis Riwayat Tirmizi]

ANDA DI MANA KINI

Januari 21, 2008

 

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

Sudah sekian kali

Ucapan yang lama juga

Persekitaran lalu kelihatan

Mereka masih begitu

Dengan kehidupan yang lesu

Masalah dan kesukaran

Menjadi mainan cuma

Anak-anak masih bersekolah

Belajar hanya sekadar mengisi waktu

Ramai ibubapa menghabiskan wang

Bukan sebagai pelaburan kemajuan diri

Mereka berasa selesa yang palsu

Sedangkan beban semakin bertambah

Anak-anak belajar dengan berhutang

Kesudahannya ramai bergelar siswazah penganggur

Hutang pengajian diploma RM20 ribu

Hutang pengajian ijazah RM30 ribu

Akan datang belanja perkahwinan

Termasuk kereta dan rumah

Mahu ditempuhi juga

Persiapkanlah diri masing-masing

Sedari awal lagi

Modalnya ada pada diri sendiri

Ia mesti dibangunkan

Fikirkan dan bertindak

 

 

 

 

Ke mana mereka tuju

Januari 20, 2008

berbual-bual dari tadi 

di atas motosikal di tepi jalan

asap rokok dihembus lepas bebas

sambil senyum bercerita leka

masa terbuang sepi tiada harga

tiada risau kosong kontang minda

hari depan tiada bayangan

apakah warna menjelma tiba  

                                                                                

Mahasiswa perlu membina diri dengan ciri-ciri seorang JUARA.

Januari 20, 2008

Para mahasiswa perlu membina diri masing-masing dengan ciri-ciri seorang juara. Mereka perlu mengambil peluang masa yang terluang untuk mencari pelbagai ilmu dan maklumat berkenaan bidang yang mereka minati.

Mereka perlu meningkatkan nilai tambah diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kemahiran terkini. Menggunakan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah hanya merugikan diri sendiri.

Pengangguran dapat dielakkan jika mereka tahu apa yang mereka boleh lakukan untuk mencari pendapatan sendiri untuk menanggung diri sendiri di samping membayar hutang pinjaman PTPTN.

  

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

200,000 dari 500,000 peminjam PTPTN tidak bayar hutang pinjaman

Januari 19, 2008

Dalam surat khabar Berita Harian Hari Khamis 17 Jan 2008 melaporkan perkara di atas. Ini menunjukkan keadaan kewangan peminjam PTPTN yang telah tamat belajar agak tidak begitu mantap.

Apakah semangat Juara?

Januari 6, 2008

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

773-pakej-flyers.jpg

Semangat sangat penting untuk berjaya. Tanpa semangat seseorang pasti gagal dalam mencapai cita-citanya. Seseorang pemain badminton yang bersemangat tinggi pasti lebih mudah mencapai kemenangan berbanding yang kurang bersemangat. Seorang pelajar yang bersemangat mengulangkaji pelajaran pasti mencapai keputusan yang lebih cemerlang dari pelajar yang mengulangkaji sambil lewa.

Bagaimana boleh mendatangkan semangat yang tinggi untuk berjaya? Apakah faktor yang menaikkan semangat insan untuk mencapai impian? Semangat akan datang bila ada kesedaran. Kesedaran menjana semangat. Kelalaian memusnahkan semangat. Kelalaian menghapuskan kesedaran. Kesedaran insan tentang sesuatu perkara yang menyentuh nilai-nilai dirinya pasti mendatangkan semangat.

Kesedaran tentang nilai-nilai diri yang tinggi menyentuh emosi insan. Apa saja kesedaran yang menyentuh emosi manusia pasti menjana semangat yang tinggi. Kesedaran akan pengorbanan ibubapa menyentuh emosi pelajar. Kesedaran tentang masa depan anak-anak dan rumahtangga menyentuh emosi seorang ibu dan bapa. Kesedaran inilah yang mendorong pelajar dan ibubapa melakukan yang terbaik untuk mencapai kejayaan.

ILMU JUARA

Januari 5, 2008

Ilmu merupakan keperluan utama untuk mencapai kejayaan. Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, perlu mempunyai ilmu yang berkaitan dengan bidang berkenaan. Berjaya di dunia perlu dengan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga dengan ilmu.

Kejahilan adalah penyebab kepada kemunduran dan kegagalan dalam apa saja perkara. Kebijaksanaan akan mengatasi kejahilan. Orang yang berilmu pasti akan berjaya dalam usahanya. Orang yang jahil pasti gagal dalam usahanya.

Ilmu JUARA ialah ilmu-ilmu yang diperlukan oleh setiap insan untuk mencapai kejayaan dalam bidang-bidang yang diminatinya. Jika penjual satay, dia mesti ada ilmu membuat ramuan yang enak untuk satay dan kuah satay. Barulah rasa daging satay dan kuah sataynya disukai orang ramai. Begitu juga seorang penjual roti canai.

Seorang pemain bolasepak, perlu ada ilmu tentang peraturan permainan. Ilmu membuat tendangan lambung, tendangan lencong, tendangan leret, menanduk bola, menahan bola, tendangan penalti, tendangan indirect dan lain-lain lagi. Perlu belajar dari jurulatih yang berkelayakan dalam bidang bolasepak.

Seorang pelajar sekolah perlu ada ilmu membuat nota ringkas, ilmu teknik belajar, ilmu menjawab soalan, ilmu mengurus masa belajar, ilmu mendengar yang berkesan, ilmu berkomunikasi dan lain-lain. Dengan mempunyai ilmu-ilmu ini seseorang pelajar lebih mudah mencapai kejayaan yang dicita-citakan.

Maka, seorang JUARA dalam apa saja bidang perlukan ilmu-ilmu tertentu dengan bidang tersebut. Tanpa ilmu-ilmu berkenaan sukarnya untuk mencapai kejayaan.   

SELAMAT TAHUN BARU 2008

Januari 1, 2008

Selamat tahun baru 2008 kepada semua pengunjung blog saya. Semoga semua berusaha meningkatkan pencapaian masing pada tahun ini. Mencapai impian dan melaksanakan azam masing-masing.