Arkib bagi Bulan Februari 2008

Semangat kesukanan adalah semangat juara

Februari 21, 2008

 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

 

 

 

 

Hari ini 21 Jan 2008 adalah hari sukan  dan olahraga tahunan. Pelajar mengambil bahagian dalam acara olahraga seperti 100m, 200m, 400m, lari berganti-ganti dan lain-lain. Mereka bertanding dengan semangat kesukanan yang sihat. 

Dalam pertandingan, menang dan kalah adalah adat. Pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah. Hanya juara yang akan berdiri di pentas juara dengan kalungan pingat emas. Pemenang pingat emas menunjukkan genggaman juara bila sampai di garisan penamat. 

Sang juara berasa begitu puas berdiri di pentas juara mencapai pingat emas yang menjadi idaman peserta-peserta. Semangat juara, pemikiran juara, ilmu juara dan kemahiran juara yang hebat penentu pemenang pingat emas.  

Di sinilah bidang kokurikulum membantu melahirkan insan-insan juara dalam kehidupan masa hadapan. Semangat juara, pemikiran juara dan sikap juara akan diaplikasikan oleh pelajar untuk menjana pendapatan.  

Kebebasan kewangan; pendapatan tambahan; bayar hutang; http://nakbayarhutangptptn.wordpress.com/rasional-cabaran-jutawan/

Pemikiran umpama peta dan kompas dalam perjalanan hidup.

Februari 17, 2008

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

 

Manusia menggunakan peta apabila mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Peta menjadi panduan bersama kompas untuk mengembara di daratan luas yang tidak ada papan tanda penunjuk arah. Tanpa peta dan kompas ini manusia tidak dapat sampai ke destinasi yang dikehendaki. Dalam kehidupan manusia, pemikiran mereka umpama peta dan kompas yang menentukan ke mana hala arah dan tempat destinasi yang ingin mereka sampai dalam perjalanan kehidupan selama 60 ke 70 tahun.

Pemikiran manusia membezakan pencapaian mereka sepanjang kehidupan. Apakah pemikiran seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sama dengan seorang tukang kasut sepanjang hidupnya. Apakah pemikiran pengasas perniagaan  Kentucky Fried Chicken sama dengan pemikiran seorang penganggur berijazah.  

Betapa pentingnya pemikiran mempengaruhi personaliti, sikap dan pembangunan diri manusia. Bagaimanakah pemikiran manusia hingga menjadi penagih dadah atau membuang masa merempit? Apakah bentuk peta dan kompas yang mereka gunakan? Ke manakah destinasi yang mereka akan sampai? 

Kebebasan kewangan; bayar hutang; pendapatan tambahan; http://nakbayarhutangptptn.wordpress.com/rasional-cabaran-jutawan/

Ombak, angin dan pasir pantai

Februari 17, 2008

 10084372beach.jpg

Air beralun

Bersama deruan angin

Air dan angin sehala

Membentuk gulungan ombak 

Ombak besar dan kecil

Menuju ke pantai

Menjadi buih-buihan halus

Di dada pasir putih

Ombakkah yang tiada kenal jemu

Hingga pasir menjadi putih halus

Dalam kisaran ombak 

Di bawah pasir halus

Tersembunyi suatu kehidupan

Berbagai makhluk kerang kerangan

Yang menjadi punca rezeki

Bertuah lagi dengan izinNya

Bila muncul bintilan keemasan

Dari celahan putih pasiran pantai

Serta deruan angin dan gulungan ombak

Lumrah nyanyian dan lukisan alam  

Zaiful 

17 Feb 2008

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

Kebebasan kewangan; bayar hutang; pendapatan tambahan; http://nakbayarhutangptptn.wordpress.com/rasional-cabaran-jutawan/

Masa bersama anak-anak lebih utama.

Februari 17, 2008

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

 

Dalam kehidupan suami isteri bekerja, anak-anak yang belum bersekolah akan dijaga oleh orang gaji atau di hantar ke pengasuh atau nurseri. Terdapat ramai ibubapa yang sampai ke rumah sehingga jam 8.00 malam atau lebih lagi. Perkara ini berlaku sepanjang hari bekerja yang mengurangkan masa kontak anak dengan kedua ibu bapanya. 

Kanak-kanak yang sedang membesar perlukan perhatian, didikan dan kasih sayang ibubapa. Masa ini adalah masa keemasan untuk membentuk jiwa dan sikap anak-anak. Di sebabkan keadaan kehidupan atau cara hidup hari ini yang memerlukan isteri bekerja, ramai yang tiada pilihan. 

Ibubapa bekerja untuk menyara keluarga. Dengan kata lain adalah untuk mencari wang. Manusia perlukan wang untuk menanggung berbagai keperluan. Manusia sebenarnya boleh mendapatkan kebebasan kewangan jika mereka tahu jalannya dan mahu berusaha. 

Sila gunakan kaedah ini klik http://nakbayarhutangptptn.wordpress.com/rasional-cabaran-jutawan/

Perkataan dan ucapan manusia.

Februari 15, 2008

Perkataan yang dikeluarkan oleh mulut manusia banyak menggambarkan personaliti dan nilai diri dalaman seseorang manusia. Ucapan atau tutur katanya menunjukkan siapa manusia tersebut.  

Perkataan yang disebut oleh mulut manusia memberi gambaran pemikirannya pada waktu itu tentang sesuatu perkara. Pemilihan perkataan tertentu juga mempengaruhi cara berfikir manusia. 

Manusia meminta sesuatu dengan menggunakan perkataan atau ayat. Apa yang keluar dari mulut manusia boleh menjadi satu doa atau permintaannya. Manusia hendaklah menyebut perkataan-perkataan yang positif setiap masa.  

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

 

Pendapatan tambahan;kebebasan kewangan;bayaran PTPTN sila klik http://nakbayarhutangptptn.wordpress.com/

Penampilan yang menyenangkan dan menarik.

Februari 15, 2008

Setiap kali apabila pertama kali bertemu seseorang, manusia suka membuat penilainan terhadap individu itu. Manusia mudah melihat penampilan luaran seseorang.

Mengapa ada manusia kelihatan menarik dan mengapa ada yang kelihatan sebaliknya. Menarik tidak semestinya manusia itu cantik atau kacak.  Ada orang yang cantik atau kacak kelihatan tidak menarik dan tidak menyenangkan.

Macammana hendak kelihatan menarik dan menyenangkan? Perkara ini boleh dipelajari. Air muka mesti manis dan ceria. Jiwa tenang tenteram membantu wajah manusia kelihatan menarik dan menyenangkan.

Pendapatan tambahan; kebebasan kewangan; bayar hutang sila klik http://nakbayarhutangptptn.wordpress.com/ 

Berdoa semasa kesempitan dan kesenangan

Februari 15, 2008

Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda; Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan, hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam keadaan kesenangan [Hadis Riwayat Tirmizi]

Pendapatan extra; kebebasan kewangan; bayar hutang sila klik http://nakbayarhutangptptn.wordpress.com/

Solat lima waktu menghapus dosa kecil

Februari 15, 2008

Dari Abu Said AlKudri R.A. meriwayatkan bahawa beliau mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda. Sembahyang lima waktu akan menjadi kifarah kepada dosa-dosa yang dilakukan di antara kedua sembahyang tersebut . Iaitu dari satu sembahyang ke sembahyang yang lain jika melakukan dosa-dosa kecil akan terampun berkat sembahyangnya.  

Kemudian baginda Rasulullah SAW bersabda, Tidakkah kamu lihat jika seseorang yang bekerja di sebuah kilang dan terdapat lima buah anak sungai yang mengalir di hadapan rumahnya. Apabila dia bekerja sudah pasti dipenuhi dengan kotoran, debu atau peluhnya dan setiap kali dia lalu di sungai tersebut dia akan mandi di dalamnya.  Adakah terdapat kekotoran lagi pada badannya? Begitulah halnya dengan sembahyang yang mana dengan doa dan istighfarnya di ampuni dosa-dosanya yang lalu berkat sembahyangnya [Hadis riwayat Bazzar dan Tabarani]

Bill Gates

Februari 7, 2008

William Henry Gates III (born October 28, 1955 is an American entrepreneur, software executive, philanthropist and chairman of Microsoft, the software company he founded with Paul Allen. During his career at Microsoft he has held the positions of CEO and chief software architect, and he remains the largest individual shareholder with more than 8% of the common stock.
Gates is one of the best-known entrepreneurs of the personal computer revolution. Although he is widely admired,his business tactics have been criticized as anti-competitive and in some instances ruled as such in court.Since amassing his fortune, Gates has pursued a number of philanthropic endeavors, donating large amounts of money to various charitable organizations and scientific research programs through the Bill & Melinda Gates Foundation, established in 2000.
The annual Forbes magazine’s list of The World’s Billionaires has ranked Gates as the richest person in the world from 1995 to 2007, with recent estimates putting his net worth over $56 billion USD. When family wealth is considered, his family ranks second behind the Walton family, heirs of Wal-Mart founder Sam Walton. In July 2007, Fortune magazine reported that the increase in value of Mexican billionaire Carlos Slim’s holdings of stock caused him to surpass Bill Gates as the world’s richest man.Forbes maintains that Slim is second to Gates as of its last calculation of billionaire fortunes. Forbes does not plan to recalculate Slim’s wealth until next year.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Februari 6, 2008

 

 

 

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary has become the latest Malaysian to join the ranks of world’s richest, according to the Forbes 2007 list of US dollar billionaires. The inclusion of the 55-year-old, who made his fortune in the rice and sugar trade, increased the number of Malaysians in the list to nine from eight last year.

He was ranked as the seventh richest Malaysian and 754th in the world.
EARLY LIFE
Syed Mokhtar al-Bukhary was born into a mid-low class family of Hadhrami Arab descent in north of Peninsular Malaysia; whose house was without necessities and luxuries. His highest education was only until form five, and he never went to university. A whole lot of his knowledge and experience was gained through his own entrepreneurship experience during his youth time.
Due in part his family’s mediocre-to-poor background, Syed Mokhtar al Bukhary had to step into the working world in his early life, while pursuing his primary and secondary studies. Syed Mokhtar helped his mother planting and selling vegetables in the market and also selling roti canai. His numeric knowledge was used to help his father in doing daily book keeping.
After finishing school, Syed Mokhtar helped his father in breeding cow business but only to see the business washed away by foot and mouth disease. Nevertheless, he took over the business and start over by selling meats. He then move on to packaging the meats and start selling them wholesale. His determination paid off and the business started to take off.

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary is the richest Bumiputra corporate figure in Malaysia. With involvement in diversified business areas which include transportation and logistics, plantations, property development, defense and armory as well as engineering and power generation. He has a net worth estimated to be US$2.00 billion according to Forbes, making him the 7th richest Malaysian.

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

 
 
 

 

 

Bila potensi manusia dimaksimumkan…merekalah juara

Februari 5, 2008

 

Manusia makhluk ciptaan Allah swt yang paling sempurna. Manusia Allah swt. ciptakan sebagai khalifah di muka bumi.

Untuk menjadi khalifah, Allah telah membekalkan manusia dengan segala keupayaan dan kekuatan. Keupayaan atau potensi manusia boleh digilap dan dimaksimumkan.

Potensi spiritual, intelektual dan emosi manusia boleh dimanipulasi ke arah menjayakan wawasan negara. Pembaziran sumber manusia berlaku bila ada yang terlibat dengan masalah sosial seperti penagihan dadah, pergaulan bebas melampau dan sebagainya.

Ada pula manusia yang potensinya tidak dikembangkan sepenuhnya. Mungkin tiada contoh atau dorongan yang merangsang mereka. Mungkin kerana tiada impian dan citi-cita hidup tinggi. Atau tiada pendedahan yang sepatutnya dari pelbagai sumber.

Potensi manusia yang berkembang sempurna dari segi spiritual, emosional dan intelek, ditambah dengan kemahiran dan pengalaman membantu manusia mencapai impian dan cita-cita mereka.

Yang demikian boleh mengelakkan mereka menggunakan cara yang menyalahi  hukum agama dan undang-undang Negara untuk mencapai impian dan matlamat hidup masing-masing.

 

sertai WORLDWELLNESS NETWORK 

  

MAKLUMAT TERPERINCI RX-WATER

INFO NETWORK MARKETING

BEBAS HUTANG SEBELUM USIA 30 TAHUN

Dari mata, kata dan wajah guru

Februari 1, 2008

Guru…

Setiap hari memberi sesuatu

Dari sinar mata yang memancar

Dari tutur kata yang tulus

Dari kilau wajah yang mendorong

 

Guru…

Setiap hari memberi sesuatu

Sinar mata memancar harapan

Tutur kata membuka minda

Kilauan wajah bersemarak semangat

 

Guru…

Setiap hari memberi sesuatu

Pelajar tafsir sinar matamu

Palajar selami tutur katamu

Pelajar hayati kilau wajahmu

 

Insan pelajar…

Sucikan hatimu

Ikhlaskan niatmu

Pamerkan hormatmu

Perbaik sangkamu

 

Insan pelajar…

Keredaan guru paling utama

Ilmu dikongsi tidak minta dibalas

Menggilap insan-insan juara

Menjadi suatu kepuasan

 

Guru…

Setiap hari memberi sesuatu

Dengan sinar mata

Dengan tutur kata

Dengan kilau wajah

Ada pedoman dan panduan

Menemani perjalanan insan

Sepanjang kehidupann

 

ZAIFUL

Mei 2007 Hari Guru

Membantu sesama saudara Islam

Februari 1, 2008

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. [Hadis Riwayat Muslim] 

Dari Abdullah bin Amr bin Asr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberiminum sehingga hilang dahaga, maka Allah s.w.t akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua parit adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun.[Hadis Riwayat Hakim] 

Dari Abdullah Bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa seorang lelakitelah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Ya Rasulullah s.a.w apakah satu amal yang paling baik dalam Islam? Baginda saw menjawab  : Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak. [Hadis Riwayat Bukhari]