Masa terus berlalu tanpa mereka sedari
Mengapa perlu memilih peluang pekerjaan?
Rezeki untuk manusia tidak pernah habis
Dari atas darat, dalam laut, di udara atau dari bawah tanah juga.
Berfikir dan terus berfikir
Apa ilmu yang kurang?
Apa kemahiran yang pincang?
Apa sikap yang tempang?
Hidup perlu diteruskan
Nilai diri bukan bergantung kepada segulung kertas
Penjual goreng pisang masih boleh hidup
Penjual keropok lekor masih boleh hidup
Penjual satay masih boleh hidup
Mereka tiada segulung ijazah yang kaku di dalam bingkai
Mereka masih seorang juara dalam kehidupan
Berbekalkan semangat kental pejuang kehidupan
Mungkin pemikirannya yang membezakan mereka
Oleh; Zaiful, Melaka, MAC 2008
Kebebasan kewangan, sihat sejahtera dan keluarga bahagia, sila klik di sini







