Tazkirah; Kelebihan AlQuran

By cikgu zaiful

Dari Abdullah ibn Mas’ud RA berkata; Aku mendengar

Rasulullah SAW bersabda; Barangsiapa membaca surah

Al Waqiah setiap malam, kemiskinan tidak akan menimpanya.

[Hadis Riwayat Baihaqi]

 

Dari Nukman Bin Bashir RA meriwayatkan bahawa

Baginda Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya

Allah SWT telah menulis kitab dua ribu tahun sebelum

menciptakan langit dan bumi. Diantara ayat-ayat yang

terkandung dalam kitab-kitab itu ialah dua ayat yang

terakhir dalam surah Al Baqarah. Barangsiapa membaca

dua ayat ini selama tiga malam di dalam rumahnya

nescaya tidak akan dimasuki syaitan di dalamnya.

[Hadis Riwayat Tirmizi] 

 

Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa

baginda SAW bersabda; Baransiapa membaca

sepuluh ayat Al Quran pada suatu malam,

tidak akan digolongkan dikalangan orang-orang

yang lalai. [Hadis Riwayat Hakim]

 

Dari Fudhalah bin Ubaid RA dan Tamimdari RA

meriwayatkan dari Rasulullah SAW bersabda;

Barangsiapa membaca sepuluh ayat AlQuranpada

suatu malam akan dituliskan baginya satu qintar,

dan satu qintar lebih baik dari dunia dan seisinya

[Hadis Riwayat Tabrani]

 

FREE Ebook kuasa minda, internet marketing, motivasi, komuniksi, leadership, kejayaan dan lain-lain boleh di download [disini]

Daftar Niaga WWN Online  [disini]

 

Label:

Satu Respons bagi “Tazkirah; Kelebihan AlQuran”

  1. JAZULFADLI BIN JAMALUDIN Berkata:

    Salam, cikgu, terima kasih sebab x pernah jemu mengajar saya dan kwn2, terima kasih jgk sbb sdi tunjukkan hadis2 berguna yg leh sy n muslim2 len jdkan pnduan.. moga jasa ckgu akan mendapat balasan setimpal d akhirat kelak.. InsyaAllah.

Tinggalkan jawapan