3c. Minda Prospek-Alasan
Prospek sering memberikan sesuatu alasan sementara terhadap peluang perniagaan. Mereka perlu dijelaskan atau diberikan kefahaman bagaimana peluang perniagaan ini dapat mengatasi mengatasi masalah yang mereka nyatakan.
Di sini saya cuba memberikan beberapa contoh alasan sementara yang selalu diberikan oleh prospek terhadap peluang perniagaan yang dapat mengubah masa depan mereka dan keluarga.
Alasan 1.
Saya tidak pandai bercakap, bercerita berkenaan produk, pelan pemasaran dll.
Penjelasan.
Ramai orang yang bercerita berkenaan sesuatu barangan, makanan, pakaian, perabot, kereta, filem dan banyak lagi bila berjumpa dengan rakan-rakan mereka. Akhirnya rakan mereka akan mencari dan membeli barang dan lain-lain tadi dari tempat yang diceritakan tadi.
Maka, cara yang sama saja digunakan dalam perniagaan ini. Kita berusaha berkongsi kebaikan produk kepada rakan-rakan dan sesiapa saja supaya mereka juga mendapat kesan keberkesanan produk itu.